Pada hari isnin yang lepas, satu perbincangan telah diadakan dan diketuai oleh Wan sebagai pengarah projek. Wan dibantu oleh Nora membincangkan status projek komuniti ini. Semua memberikan kerjasama dengan memberikan idea untuk aktiviti yang akan djalankan sepanjang projek. Wan turut memberi peluang buat yang lain untuk mencadangkan sebarang aktiviti yang dapat dimasukkan ke dalam tentatif program yang telah disediakan oleh ahli yang terlibat.

Seriusnya Nora membentangkan tentatif...=p

Okay..syed ada idea....=)
Pengisian mesyuarat adalah membincangkan secara terperinci perjalanan program yang akan berlangsung pada 16 ogos ini. Dalam usaha ini dilihat semua ahli memberikan tumpuan sebaiknya bagi menjayakan program ini. Walaupun terdapat percanggahan pendapat namun persetujuan telah dicapai.
Pada hari khamis, 31 julai ini, beberapa ajk akan terlibat dengan mesyuarat antara jabatan penerangan di port dickson. Perbincangan juga bertujuan untuk melihat tapak sekolah untuk pameran dan aktiviti yang lain, juga untuk meminta beberapa barang keperluan program tersebut.
semoga maklum balas positif diterima oleh semua pihak bagi merealisasikan program dan memastikan perjalanan program dapat berjalan dengan baik.
Diharapkan semua pihak akan bersama-sama memastikan program akan berjaya supaya Pak Lah akan beri markah lebih buat semua..=p
Sekian..