Pengisian mesyuarat adalah membincangkan secara terperinci perjalanan program yang akan berlangsung pada 16 ogos ini. Dalam usaha ini dilihat semua ahli memberikan tumpuan sebaiknya bagi menjayakan program ini. Walaupun terdapat percanggahan pendapat namun persetujuan telah dicapai.
Pada hari khamis, 31 julai ini, beberapa ajk akan terlibat dengan mesyuarat antara jabatan penerangan di port dickson. Perbincangan juga bertujuan untuk melihat tapak sekolah untuk pameran dan aktiviti yang lain, juga untuk meminta beberapa barang keperluan program tersebut.
semoga maklum balas positif diterima oleh semua pihak bagi merealisasikan program dan memastikan perjalanan program dapat berjalan dengan baik.
Diharapkan semua pihak akan bersama-sama memastikan program akan berjaya supaya Pak Lah akan beri markah lebih buat semua..=p
Sekian..

